Pages

Showing posts with label SMK tun hussein Onn. Show all posts
Showing posts with label SMK tun hussein Onn. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Sekolah Bukan Tempat Bertinju: Siapa Salah? Pembuli, Mangsa Buli atau Penonton?


Assalamualaikum...

Jambu @ Gangster?

Mak kita selalu pesan, pergi sekolah belajar.. 
Ayah pulak nasihat, nak jadi orang berguna kena belajar pandai-pandai..
Ni bukan kisah dongeng, ini hakikat. Sapa yang tak setuju, angkat tangan!

Kalau dah nama nya sekolah mesti la tempat untuk menuntut ilmu..
Ok fine, boleh la jugak sambil-sambil tu datang nak citer pasal bola kat Tv semalam, atau pasal gaun Rozita Che Wan yang Seksa Seksi kat ABPH 2012 ataupun nak promote jual Kolagen rumpai laut mahupun peplum. tapi MESTI ingat,niat utama ke sekolah adalah untuk apa ya murid-murid? ya betol. jawapannya, sekolah adalah tempat belajar bukan tempat untuk KURANG HAJAR!

Semalam memang hangat kisah student kena belasah. 
"Ketua tingkatan dibelasah tiga pelajar", "Lan Todak menggananas", "Samseng Sarip Dol belasah ketua tingkatan","Ubat kuat penyelamat malam pertama", dan macam-macam lagi tajuk berita  yang panas.. 
ok fine yang last tu aku tambah.. Ngade kan..huhuh..



Sebenarnya, isu buli dan belasah membelasah ni dah lama terjadi kat sekolah, tapi mungkin kali ni sebab ada insan yang "bijak", bukan saja merakam, malah menyebarkan video tu, memang azab la pelakunya pasni. Dulu-dulu tak ada lagi handphone kamera nak rakam-rakam, so lagenda belasah membelasah hanya didengar dari mulut ke mulut je (bukan CPR).

kes belasah membelasah ni men seriaukan aku..erkk..


Kali ni kes memang hangat. Sampaikan ada blog khas updating pasal perkembangan kes ni kat SINI. Nak tau update latest,terjah je blog ni. Bukan tu je, FB khas rentetan kes ni pun ada kat SINI. Try skodeng page ni, nescaya korang akan perasan bahwa dikatakan ketua tingkatan yang dibelasah tu sebab report kat cikgu kes bawak handphone kat sekolah. Haruslah,dia kan ketua tingkatan!


Ok fine. Besar sangat ke kesalahan tu? Sampai melayakkan kaki, kepala lutut, tangan, siku dan segala bagai hikmat samseng tu dihadiahkan kat badan anak orang? Kadang- kadang aku terfikir, perkara yang pelik-pelik akan berlaku bila emosi yang merajai fikiran. Come on, kadang-kadang jugak benda remeh temeh je boleh jadi penyebab aktiviti patah mematahkan tulang temulang.

facebook jugak dapat nama..huhuhu


Aku konfirm pembuli ni mesti menyesal bila dah berlaku, sebab bila diorang sendiri fikir balik, mesti terasa..oi berbaloi ke aku belasah orang macam nak mati just because a small matter? (for me). Nasihat aku untuk jiwa-jiwa muda luar sana, kawal emosi, fikir dua kali, baru buat apa yang dikehendaki.. Ni kalau dah jadi macam ni,sapa yang susah? Menurut status page PDRM (SINI) tiga pelajar yang berkaitan telah pun dibuang sekolah..

Maklumat lengkap dan info lanjut mengenai pembuli tu boleh korang cekidaut (check it out) kat  SINI, dan SINI selain blog dan Fb page yang aku link kan tadi. Kata orang, benda buruk cepat je tersebar dan tak boleh nak disorok, ala, ibarat bangkai raksasa yang dikalahkan Ultraman, busuk nya bau seluruh bandar. Sampaikan ada yang dah hack FB suspek dan dapatkan phone number sekali.. 

Hakikatnya, dalam kes ni, sape salah? Pembuli, Mangsa buli atau penonton? Jawapan terletak pada tafsiran anda sendiri.. Pembuli semestinya bersalah sebab dah terang-terangan melakukan serangan fizikal pada mangsa. Mangsa? Dalam kes ni, mungkin mangsa hanya jalankan tugas memberitahu tentang handphone yang dibawa. Penonton? Sapa tak suka dapat tengok drama Ong Bak free kan? Tapi kena fikir gak, berbaloi ke kesyokan menonton tu kalau efek selepas tu contohnya cedera parah ataupun mungkin kematian yang berlaku? Pada aku, tu semua dapat saham sebab tak ada usaha membantu meleraikan kalau terjadi apa-apa yang tak diingini.. Tapi, ada hikmah jugak siapa yang merakamkan video ni, at least ada pendedahan untuk dunia luar tahu apa yang terjadi. Semoga lepas ni tak dah dengar kes-kes seperti ni. 

Tertarik dengan entry Prince of Noob kat SINI. Satu ayat yang aku suka--->

Dan kepada kaki2 buli, sila baca di sini, mungkin budak yang anda buli tu satu hari nanti akan jadi bos anda bila dah dewasa nanti, so stop bullying. Jangan diikutkan sangat perangai budak2 korang yang baru nak up tu, perjalanan kehidupan masih jauh.

Ok, cuba pejam mata, bayangkan anda seorang bos, dan bila anda buka mata, anda lihat pekerja anda di depan mata dan guess what, dia adalah PEMBULI yang buli anda dulu.. Ok, what next? ITS REVENGE TIME!!! *#$%@^(*&^#%#@^##%^&@&#^#&&##&#$#&& (Babak ni telah dicensored, harap maklong). Betullah,itu lumrah, rata-rata , walau tak banyak ,mesti akan ingat dan mungkin ada yang masih berdendam. Tapi untuk kebaikan, lupakan yang buruk, tanamkan benih-benih kebaikan. Bukak buku baru... 

Mind speaking: Harap-harap bakal anak murid aku nanti baik-baik belaka, nakal takpe, jangan gangster.. Dan yang paling penting, comel macam Kak Ton..:) Kepada adik-adik luar sana, " Take a few seconds for a thinking session to avoid a forever regret" 
 Moga-moga aku dijauhi la perkara seperti ni.. Cikgu pun dibantai...Cikgu Zaxx tak kawin lagi OK..:)