Anda ada satu kawasan yang penuh dengan keju dan anda sedang menikmatinya
dari sehari ke sehari. Namun, suatu ketika, semua keju itu hilang. Apakah yang
akan anda lakukan?
Nukilan kreatif Dr. SpencerJohnson “Who
Moved My Cheese?” ini bukanlah semata-mata cerita fiksyen ala story telling
kanak-kanak macam yang mak kita selalu baca bagi mata kuyu lantas terlelap,
tapi sebenarnya berkait dengan kehidupan kita yang sentiasa perlukan perubahan
dan perlu ucapkan selamat tinggal kepada zon selesa.
Serius, pertama kali membaca tajuknya, memang dalam fikiran terbayang mod
kisah kanak-kanak yang dibaca semasa waktu mahu memejamkan mata. Tapi yang
menghairankan, ada caption “One of the
most successful business books ever” Ok, apa kaitan keju dengan bisnes?
Lagi membuak-buak darah muda yang tinggi nafsu ingin tahunya. Kebetulan di saat
dan ketika ini, buku berkaitan bisnes memang menjadi penggoda diri.
Persoalannya lagi, ini buku bisnes jual keju ke?
Baca sampai habis, baru anda tahu kisah disebaliknya. Memang ada wujud keju
tapi diibaratkan sebagai kemahuan diri dalam kehidupan kita, tak kisahlah
berkait dengan kerjaya, perhubungan mahupun hajat yang ingin dicapai.
Ceritanya
bermula dengan 4 watak yang digambarkan sebagai 4 jenis manusia dalam dunia
yang mereflek kepada perubahan. Dua ekor tikus yang bernama Sniff dan Scurry
serta Orang Kecil bernama Haw dan Hew. Mereka menjumpai bekalan keju dalam Maze
hasil pencarian mereka. Namun, apabila satu hari semua keju itu hilang, mereka
terpaksa mencari kawasan keju yang baru di dalam maze itu. Sniff digambarkan
dengan sifat manusia yang cepat mengetahui perlunya sesuatu perubahan
dilakukan. Contohnya, kalau korang rasa dah nak terkentut, cepat-cepat la
berubah tempat duduk dan lari jauh-jauh. Ok yang ni aku gurau. Scurry pula
mereflek sifat seseorang yang cepat bertindak kearah perubahan yang difikirkan
perlu. Haw dan Hew menggambarkan sifat sesetengah manusia yang takut akan
perubahan. Namun, Haw akhirnya sedar perlunya untuk berubah demi mencapai
sesuatu. Hew pula terus dengan ketakutan untuk berubah dan tidak berani
mencabar diri untuk berubah. Ala-ala dah tau diri tak pandai nyanyi tetap tak
nak ambil kelas vokal Cikgu Syafinaz. Ok,ni takda kaitan,opps..
Pokok pangkalnya, jangan takut lakukan perubahan. Lumrah hidup, kita akan
berasa bimbang perubahan yang dilakukan tidak memberi impak yang diharap. Tapi
kalau kita tak cuba macam mana nak tau kita berjaya atau tak? Kau rasa dalam
hidung ada tahi hidung, tapi tetap degil tak nak usaha guna jari kelingking
melombong mereka, maka akan kekal lah mereka bersemadi di dalam lubang keramat
itu. Kan kan kan...
Walaupun buku ini sebenarnya dah lama berada di pasaran, tapi aku baru
baca. Itupun selepas usaha menggeledah beg adik aku. But, for sure, cuba lah
baca buku ni, harap-harap korang pun dapat jumpa korang punya “New Cheese”...