Pages

Friday, July 1, 2016

Kamar Sutera bukan Kamasutra..

Kamar Dari Sutera?

Sekali dengar macam kenal je kan tajuk tu. Eh, ni bukan macam yang korang fikir. Itu Kamasutera, ini Kamar Sutera. Kali ni lagi sekali aku nak talk about a book. This book is about… okeyh cakap melayu je la kan. It’s sound great when I speak in Malay okeyh.. ahaks..


Seronok, dua ronok dan beronok-ronok (bak kata Dr Fadhilah Kamsah) bila menatap buku ni. Bukan menatap je okeyh, baca la maksud aku. Kalau setakat tatap tapi tak baca macam mana nak tau ceritanya ye tak. Seronok sebab buku ni ayatnya banyak yang kelakar, dua ronok sebab ceritanya berkisar kisah rumah tangga yang kadang-kadang buat aku pandang keliling malu-malu kucing dan beronok-ronok sebab kata penulis buku ni dapat buat korang yang bujang terasa nak je kawen esok hari. Eh? Kenapa semua nak rampas buku ni dari aku? Hangpa tak sabaq nak kawen ka?

Tapi sebelum korang nak baca buku ni, better check, korang dah sunat ke belum, sebab ada perkataan yang ala-ala ehem-ehem sikit tapi masih lagi dalam kawalan. Tapi parah juga kalau adik-adik yang baru belajar eja suku kata baca buku ni. Buatnya dia tanya, “Abang, bersetubuh tu apa?” Ha kau.. tak ke kau jadi patung kejap memikir nak jawab apa. Ala ,kau jawab je bersetubuh tu ada satu je tubuh, kalau berduatubuh tu maknanya kembar siam melekat. Kan kan kan.

Hamka Kereta Mayat memang kreatif menggabungkan kisah rumah tangga dengan unsur pengajaran dan juga unsur agama dalam menititi alam perkahwinan. Kadang-kadang walaupun aku masih bujang, tetiba terover feeling macam ada isteri. Eh? Dari cerita dalam rumah hinggalah perancangan ekonomi dikupas molek-molek oleh beliau tapi dengan cara humor berisi. Bagi aku tak rugi korang baca, selain dapat menerjah pengalaman rumahtangga, dapat juga korang bayangkan atau rancang kisah korang pulak bagi yang masih bujang trang tang tang tu. Yang dah kawin, ha korang boleh la apply mana-mana yang boleh diapply dalam kisah hidup korang. Bak kata Kereta Mayat:

“Semoga Kamar Sutera ini dapat memberi hikmah kepada kita semua terutama kepada mereka yang hendak berkahwin tapi tidak yakin untuk berkahwin. Rugi juga jika belum berkahwin , tapi sudah bertukar jadi mayat.”