Pages

Sunday, May 12, 2013

Pesanan Buat "Kita", Ini Bukan Rasis

Assalamualaikum. Salam Perpaduan...



Pagi Ahad yang cerah, mencerahkan lagi mata yang menguyu. Jari tak henti mengelik sana-sini. Mahu dicari berita sensasi gamaknya. Pagi-pagi ni rasa termotivasi diri saat melihat satu video ni. Pesanan buat kita. Mohon hayati, ada maksud dan pengajaran di dalamnya.. Eh macam puisi lak ayat aku,haha..

"Kejayaan tu 10 % wawasan,yang selebihnya keringat!"

" Kita bangsa pendekar, zaman moden ini biarlah kita jadi pendekar ekonomi!, Siapa kata tak boleh? Nenek moyang kita dulu berdagang seluruh dunia, Hanya menaiki sampan!"


"Otak ibarat pisau, kalau tak diasah,takkan tajam"



Termotivasi di pagi hari..Maaf, ini bukan rasis..:)

Thursday, May 9, 2013

Demam Pilihanraya: Kanak-kanak Pun Keluar Mengundi?

Assalamualaikum, Salam Muhibah..

Pilihan raya umum (PRU) ke-13  dah berakhir, keputusan pun dah tau. Walaupun banyak isu yang timbul, tapi hakikatnya seperti ramalan Prince of Noob di blog Buasir Otak .Aku suka baca blog ni sebab analisa dan penulisan menyeluruh, dan nampak yang penulis wat research.:)

Pilihanraya kali ni aku berpeluang keluar mengundi menandakan umur yang semakin lanjut, tak sesuai nak main jengket-jengket, apatah lagi main Pukul Berapa Datuk Harimau. Dan merasa jugaklah aku beratur ikut saluran ditetapkan, menuggu nama disemak, dicalit dakwat kekal yang kekal hanya sebelum aku basuh tangan guna sabun masa nak makan lepas balik mengundi, memangkah calon pilihan dan memasukkan kertas undi kedalam tabung undi. Wah lengkap semua proses. Satu perkara je yang aku terlepas nak buat.. Post gambar jari dengan dakwat kekal dalam Facebook!!!

 Demam pilihanraya mungkin dah surut sikit,tapi bab selesema tu masih ada. Tengok je la, laman sosial, blog dan media lain masih lagi membincangkan isu pilihanraya. Tu belum lagi cerita part-part perhimpunan termasuklah Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat yang berlangsung malam semalam. Tapi, dalam banyak-banyak demam pilihanraya selain bendera parti yang direka macama-macam bentuk, aku tertarik dengan video simulasi pilihanraya Tadika Ceria Az-Zahra. Aku dapat tahu tentang video ni pun bila tengok Malaysia Hari Ini (MHI).



Mula-mula tengok, terdetik kat minda . "Eh, budak-budak pun nak dedahkan politik? biar betol?"
Tapi ternyata cikgu-cikgu tu memang ada objektif tersendiri. Dengan motif utama untuk melatih kanak-kanak tersebut membuat pilihan, selain dapat memupuk semangat kepimpinan dan keberanian. Siap ada part jari dicop okeyh... Ala-ala dakwat kekal gitu, tapi yang ni memang tak kekal la, cop je pun,huhu. Cuma aku tertarik bila ada sesi bergambar bagi calon yang dipilih oleh cikgu-cikgu yang dirasakan ada ketrampilan. Dah macam YB aku tengok adik-adik ni.  Tapi pilihanraya ni tak ada la pulak manifesto-manifesto macam yang real. Nanti terkejut beruk ada manifesto calon - " Harga susu bakal turun!", " Mainan Barbie akan diberi secara percuma!", "Bantuan Lego Satu Malaysia diteruskan"... Kan naya gitu,hahah.. TApi poster-poster calon tetap ada,.. Meriah!!

Lagi menarik, menurut cikgu yang ditemubual secara telefon oleh MHI, ada satu calon yang kalah telah menangis, tetapi dipujuk oleh rakannya sambil dipeluk.. "Saya dah undi awak.. Saya dah undi awak!" " Menang atau kalah ,itukan ujian ALLAH"... wahh so sweettt..:)

Semoga pilihanraya seterusnya yang akan diserikan dengan kanak-kanak ini nanti akan jadi pilihanraya yang aman tanpa isu berbangkit..:)