Pages

Wednesday, April 24, 2013

Ini Bukan Kisah Seram: Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih

Assalamualaikum..

Aukk..Aukk ..Aukkk..( bunyi anjing)
Malam yang sepi...
Sepi.
Sepi...sepi..sepi sekali...
Sekian...

Ok,fine, tak seram..Kan dah bagitau kat tajuk. Ini bukan kisah seram..hahaha
(yes, abis dah pendahuluan..:P)

Lama dah tak join segmen. Kali ni nak join segmen akak sempoi yang memang sempoi abes la aku nak habaq mai. Aku selalu panggil dia mama. Nak panggil darling, aku risau aku yang di fyling kick hendaknya..:) Mau muka secomel Kak Ton ini bakal makin comel ala-ala Gwiyomi lepas dilanyak..auwww...

pari pari putih



Blogger Pari Pari Putih ni memang sangat la sporting mortingnya. Walaupun aku tak pernah jumpa feet to feet ( kaki ke kaki.eh ada ke?:P) , tapi aku dapat rasa aura friendly, sporting dan "kekaktonan" (istilah masa kini untuk kecomelan) beliau. Tapi apakan daya, tak berpeluang lagi nak ketemu sidia, dibawah sinaran lampu jalan, bertemankan mentadak kehausan Ali Cafe... Ouch.. Masa aku bersanding mungkin baru ketemu..ececeh..:P

So, jom ramai-ramai join segmen ni. Klik je kat banner tu..Kasi gegar itu blog mama vouge ni ha..:)
yee haa..gwiyomi sikit.. yeah!..:)

Saturday, April 13, 2013

Lepas Ketua Tingkatan Dibelasah, Kini Pelajar Perempuan Pulak Bergaduh Ala-ala Ninja Terbang?

Assalamualaikum ...

Pernah tengok ninja perempuan terbang? Tak pernah? Bagus!! Nah, aku bagi tengok! Aku tak tau la ni video baru or dah lama. Aku dapat dari SINI. Tapi sebelum tu, jangan la mengharap ninja tu cun melecun macam Maria Ozawa ..:P


video


OK. Tuan-tuan dan Puan-puan, inilah sindrom anak muda a.k.a pelajar sekolah zaman sekarang...  "Lu langsir, Wa gantung lu kat Tingkap! " Eh, silap. Maksud aku.. "Lu langsi, Lu mati!!". Pantang silap sikit, maka berhamburanlah hikmat Rasengan Tujuh Petala Langit Biru Mawi AF, tak pun jurus Seksikan Kainmu di ABPH.. Ok aku ngarut.. Maksudnya, bila ada je salah sikit yang tak berkenan di hati,mulalah melenting. Bukan dengan mulut je. Nah kau, dengan kaki-kaki , tangan, siku, kepala lutut, tumit, buku lali dan macam-macam lagi la anggota badan yang boleh diguna. Nasib baik la pankreas dan ginjal tak boleh bawak keluar, kalau tak mau nya dibantai kawan tu dengan Hikmat Gabungan Ginjal Pakreas Menari Harlem Shake...

Wahai adik-adik sekalian..

Hari ni abang nak ulang kembali kata-kata abang pada entry lepas kat SINI

" Take a few seconds for a thinking session to avoid a forever regret"

Memang la bila baca ayat di atas, some will say..eleh poyo je.. Tapi bila direnung, beberapa saat inilah yang boleh jadi penyelamat anda untuk mengelak dari melakukan kesilapan yang boleh mengakibatkan impak negatif pada masa depan anda. Fikir sebelum bertindak, baru tingkah tak terlajak.

Aku tak taulah punca pergaduhan student dalam video tu.. Jadi banyak la tafsiran boleh dibuat bagi aku yang menonton. Mungkinkah masing-masing berebut tandas sebab kebetulan terasa nak cirit bersama? Atau mereka tak merestui hubungan cinta hamster perliharaan mereka gara-gara tak sanggup menjadi besan? Semuanya masih menjadi misteri... Lagipun, aku tok pehe sangak ghapo dio hok diore kechek...( tak faham sangat apa yang diorang cakap)...

Tapi aku tertarik baca status sorang kawan yang share video ni. Sila baca sambil wat muzik latar macam ni..jeng jeng jeng...



OMG ( Oh Mukaku Gataldigigitnyamuk)!! Kalau betullah bergaduh sebabkan insan bernama JANTAN!! Kau memang kesian.. Aku tak kata salah untuk mencintai. Tapi adik-adik yang tersayang, berbaloikah kalian memperjuangkan kecintunan anda tu dengan cara sebegini? Alangkah elok dan molek kiranya anda simpan tenaga tu untuk berkhidmat kepada sekolah wat masuk acara lompat kijang ke, rentas desa ke. Kan ada gak pekdah. 

Walaupun bukanlah konfirm diorang bergaduh sebab pakwe,tapi nasihat aku la , tak perlu sampai macam tu sekali adik-adik ye.. Kalau betul la si dia tu mencintai kamu, takkan dia mencintai dua orang dalam satu masa,. Ke adik-adik yang tangkap lentok bertepuk sebelah tangan? Kalau ye, rentikanlah, sebab kat tempat abang ni ada satu kes berlaku, student perempuan bergaduh sebab rebut pakwe. Dah penat masing-masing bukak bunga silat, pulun sana , pulun sini, tapi bila ditanya kat si lelaki tu, terus dijawab... " Aku tak cinta pun dua-dua!! " Haaa, azab la korang berdua. Jantan tak dapat, tapi gantung sekolah yang menanti.. Apa lagi boleh buat? Nganga jela..

Mind speaking: Walaupun ada cara tulisan aku berbentuk humor atau mengarut, tapi dengan seriusnya aku nak tegaskan kepada adik-adik pelajar luar sana... Berfikirlah sejenak sebelum membuat apa-apa keputusan. 
Emosi+ Keputusan= kehancuran.  TETAPI,
Rasional+ Keputusan= keselamatan.

Aku cukup risau bila nak menghadapi dunia pendidik ni sebab aku sedar, pelajar dulu dengan peajar sekarang , banyak bezanya. Faktor zaman dan persekitaran barangkali. Terfikir jugak, dulu-dulu kalau gaduh macam mane la gayanya ye? Adakah gaduh guna OH SOM macam dalam video parody ni?




Thursday, April 11, 2013

Sekolah Bukan Tempat Bertinju: Siapa Salah? Pembuli, Mangsa Buli atau Penonton?


Assalamualaikum...

Jambu @ Gangster?

Mak kita selalu pesan, pergi sekolah belajar.. 
Ayah pulak nasihat, nak jadi orang berguna kena belajar pandai-pandai..
Ni bukan kisah dongeng, ini hakikat. Sapa yang tak setuju, angkat tangan!

Kalau dah nama nya sekolah mesti la tempat untuk menuntut ilmu..
Ok fine, boleh la jugak sambil-sambil tu datang nak citer pasal bola kat Tv semalam, atau pasal gaun Rozita Che Wan yang Seksa Seksi kat ABPH 2012 ataupun nak promote jual Kolagen rumpai laut mahupun peplum. tapi MESTI ingat,niat utama ke sekolah adalah untuk apa ya murid-murid? ya betol. jawapannya, sekolah adalah tempat belajar bukan tempat untuk KURANG HAJAR!

Semalam memang hangat kisah student kena belasah. 
"Ketua tingkatan dibelasah tiga pelajar", "Lan Todak menggananas", "Samseng Sarip Dol belasah ketua tingkatan","Ubat kuat penyelamat malam pertama", dan macam-macam lagi tajuk berita  yang panas.. 
ok fine yang last tu aku tambah.. Ngade kan..huhuh..



Sebenarnya, isu buli dan belasah membelasah ni dah lama terjadi kat sekolah, tapi mungkin kali ni sebab ada insan yang "bijak", bukan saja merakam, malah menyebarkan video tu, memang azab la pelakunya pasni. Dulu-dulu tak ada lagi handphone kamera nak rakam-rakam, so lagenda belasah membelasah hanya didengar dari mulut ke mulut je (bukan CPR).

kes belasah membelasah ni men seriaukan aku..erkk..


Kali ni kes memang hangat. Sampaikan ada blog khas updating pasal perkembangan kes ni kat SINI. Nak tau update latest,terjah je blog ni. Bukan tu je, FB khas rentetan kes ni pun ada kat SINI. Try skodeng page ni, nescaya korang akan perasan bahwa dikatakan ketua tingkatan yang dibelasah tu sebab report kat cikgu kes bawak handphone kat sekolah. Haruslah,dia kan ketua tingkatan!


Ok fine. Besar sangat ke kesalahan tu? Sampai melayakkan kaki, kepala lutut, tangan, siku dan segala bagai hikmat samseng tu dihadiahkan kat badan anak orang? Kadang- kadang aku terfikir, perkara yang pelik-pelik akan berlaku bila emosi yang merajai fikiran. Come on, kadang-kadang jugak benda remeh temeh je boleh jadi penyebab aktiviti patah mematahkan tulang temulang.

facebook jugak dapat nama..huhuhu


Aku konfirm pembuli ni mesti menyesal bila dah berlaku, sebab bila diorang sendiri fikir balik, mesti terasa..oi berbaloi ke aku belasah orang macam nak mati just because a small matter? (for me). Nasihat aku untuk jiwa-jiwa muda luar sana, kawal emosi, fikir dua kali, baru buat apa yang dikehendaki.. Ni kalau dah jadi macam ni,sapa yang susah? Menurut status page PDRM (SINI) tiga pelajar yang berkaitan telah pun dibuang sekolah..

Maklumat lengkap dan info lanjut mengenai pembuli tu boleh korang cekidaut (check it out) kat  SINI, dan SINI selain blog dan Fb page yang aku link kan tadi. Kata orang, benda buruk cepat je tersebar dan tak boleh nak disorok, ala, ibarat bangkai raksasa yang dikalahkan Ultraman, busuk nya bau seluruh bandar. Sampaikan ada yang dah hack FB suspek dan dapatkan phone number sekali.. 

Hakikatnya, dalam kes ni, sape salah? Pembuli, Mangsa buli atau penonton? Jawapan terletak pada tafsiran anda sendiri.. Pembuli semestinya bersalah sebab dah terang-terangan melakukan serangan fizikal pada mangsa. Mangsa? Dalam kes ni, mungkin mangsa hanya jalankan tugas memberitahu tentang handphone yang dibawa. Penonton? Sapa tak suka dapat tengok drama Ong Bak free kan? Tapi kena fikir gak, berbaloi ke kesyokan menonton tu kalau efek selepas tu contohnya cedera parah ataupun mungkin kematian yang berlaku? Pada aku, tu semua dapat saham sebab tak ada usaha membantu meleraikan kalau terjadi apa-apa yang tak diingini.. Tapi, ada hikmah jugak siapa yang merakamkan video ni, at least ada pendedahan untuk dunia luar tahu apa yang terjadi. Semoga lepas ni tak dah dengar kes-kes seperti ni. 

Tertarik dengan entry Prince of Noob kat SINI. Satu ayat yang aku suka--->

Dan kepada kaki2 buli, sila baca di sini, mungkin budak yang anda buli tu satu hari nanti akan jadi bos anda bila dah dewasa nanti, so stop bullying. Jangan diikutkan sangat perangai budak2 korang yang baru nak up tu, perjalanan kehidupan masih jauh.

Ok, cuba pejam mata, bayangkan anda seorang bos, dan bila anda buka mata, anda lihat pekerja anda di depan mata dan guess what, dia adalah PEMBULI yang buli anda dulu.. Ok, what next? ITS REVENGE TIME!!! *#$%@^(*&^#%#@^##%^&@&#^#&&##&#$#&& (Babak ni telah dicensored, harap maklong). Betullah,itu lumrah, rata-rata , walau tak banyak ,mesti akan ingat dan mungkin ada yang masih berdendam. Tapi untuk kebaikan, lupakan yang buruk, tanamkan benih-benih kebaikan. Bukak buku baru... 

Mind speaking: Harap-harap bakal anak murid aku nanti baik-baik belaka, nakal takpe, jangan gangster.. Dan yang paling penting, comel macam Kak Ton..:) Kepada adik-adik luar sana, " Take a few seconds for a thinking session to avoid a forever regret" 
 Moga-moga aku dijauhi la perkara seperti ni.. Cikgu pun dibantai...Cikgu Zaxx tak kawin lagi OK..:)





Sunday, April 7, 2013

Jin Pun Diiklankan?


Assalamualaikum dan Salam Pekaboo...





Hari ini hari Ahad... Bukan hari Khamis atau malam Jumaat. Tapi aku tetap nak citer pasal kisah seram... Seramm ker?? Awrrr... Aku dah la penakut..
Mestilah seramm.. Citer pasal jin la dek non oi... Jin..aummm...bukan Jins Samsudin okeyh...

Dunia perniagaan sekarang memang makin maju. Marketing menggunakan teknologi memang meledak-ledak macam gunung berapi meletop. Tengok je la medium FACEBOOK, memang satu medium yang baik untuk iklankan produk anda. Memang boleh buat duit la.. Ikut pengalaman kawan aku, dia buat online bisnes ni je tapi boleh kumpul RM10 ribu  ++ last year. Kalau aku dapat duit banyak tu, mohon sesape angkat tangan, aku nak masuk minang.eh? Ok ngarut..:P 

Selain FACEBOOK, blog dan web pun berguna untuk pasarkan produk korang. Tambah-tambah yang ada shopping cart dan order form, lagi memudahkan urusan.. Dan satu lagi medium pengiklanan yang berkesan adalah web-web or forum iklan macam Mudah.my, Lelong, Cari Gold, Majalah.com dan banyak lagi. Ala, macam blogger la, nak ping entry kat web ping macam BUSUK.org, Carimember , Pingje.com dan macam-macam lagi la...

Semalam, tengah duk bosan melayan feeling menenung masa depan, aku pun belek-belek la web Majalah .com, web pengiklanan yang agak fofular gak. aku suka cek-cek kat sini,kot-kot ada barang-barang murah. Tengah syok menekan-nekan iklan, tertarik tengok satu iklan ni. Bukan iklan " Tawaran istimewa!! Percutian 5 hari 4 malam bersama Jozan..!!"... apatah lagi iklan "Ubat Kuat sekuat pencuci Kuat Harimau!!"..tidak..tidak.. tapi ini iklan gempak punya.Lain dari yang lain.. 


Haa..lain kan.. Jin sebagai pelaris!!! Biasa aku tengok iklan pasal baju,peplum, pinjam wang, kolegen marin, dan macam-macam produk la. tapi ni first time aku tengok iklan jual JIN.. aiyooo... ada gak ye yang promote macam ni..ingat seluar jeans..rupanya jin betul-betul.. Bukan cobaann!! Ketahuilah ye audiens sekalian terutamanya yang beragama ISLAM meminta pertolongan jin sebegini boleh syirik. Harap dijauhkan..biarlah kita mencari rezeki yang HALAL dari sumber dan kaedah yang juga HALAL. Baru berkat dunia akhirat. Nasib baik komen-komen untuk iklan ni positif dan menasihati yang lain supaya tidak terjebak..



Tapi si pengiklan ni tetap dengan pendirian nya. Cuba baca..



Mungkin betol pendapat seorang pengomen ni, Lanina 2. Mungkin pengiklan ni bukan beragama ISLAM, so yang lain yang beragama ISLAM jangan pulak terpengaruh ye. Sebab tu aku blurr kan email pengiklan ni...mohon dijauhi..




Komen-komen lain....



Minda Speaking: Rezeki yang halal menghasilkan kebahgiaan dan keberkatan. So, mohon sangat diri ni dijauhi dari anasir-anasir khurafat dan syirik macam ni.. Dari mintak kat jin baik mohon pada Allah...






Tuesday, April 2, 2013

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Doraemon.

Assalamualaikum... Ada orang tak? 

Ang.. Ang .. Ang...

animasi legend.. tetap feymes sampai sekarang...

Ehem..aku bukan nak berdialek kedah tau.. Yang kedah tu bunyinya hang,hang, hang... kan lain. hikhik 
Ang ang ang tadi tu lagu yang feymes zaman-zaman aku berhingus kuning kehijauan dulu-dulu..

Masa tu, robot biru nama Doraemon ni memang la feymes. Pergi la kat mana-mana semua pakat kenal la.
Tak caya tanya uncle jual ABC tu kenai tak Doraemon? Konfirm dia jawab, "Hang ingat aku ni out dated ke tak kenai menatang biru tu?" sambil pulun bukak kotak berisi komik Doraemon berjilid-jilid bilangannya dengan hidung kembang semangkuk..

Tu belum lagi korang tanya Mak Cik Senah jual kacang kuda naik beskal tu, nescaya dengan topeng Doraemon pun dia pakai.. sambil goyang-goyang punggung dengan menjerit.. "Dora the explorer!! Eh silap.. Doraemon, Doraemon kaulah suri dihatiku!!! " Punyala kipas susah mati (die hard fan)..huk huk huk..

Aku memang minat giler Doraemon ni. Bukan sebab dia comel, apatah lagi mukanya tak la sehensem aku,eh? hahah... tapi sebab dia best.. Dulu-dulu pulun kumpul duit nak beli komik-komik dia. RM4.50 okeyh.. time tu bagi budak hingus meleleh macam aku memang mahal la. Ala-ala sanggup menyeselim (slim) kan perut nak beli komik, tapi bagitau kengkawan, aku tengah diet, nak body macam Naomi Campbell,cewah..

Awatla tetiba aku nk citer pasal Doraemon ni? Ekceli (actually) semalam dalam kebosanan menunggu Neldya Senrose  datang mendodoi aku di kala malam bulan mengembang sipi-sipi, aku belek la majalah komik yang abang aku bawak balik (KREKO). Majalah ni dah jadi macam majalah sisipan mingguan adik beradik kitorang sebab kami semua giler komik. Kalau dulu majalah sisipan kami sekeluarga adalah DARA.
Ok,yang tu aku tipu,hehe

Kreko atau nama panjangnya Komik Remaja. aku remaja lagi okeyh.hehe


Dalam Kreko tu ada satu artikel info tentang Doraemon ni, Menarik lak aku baca coz baru aku tau Doraemon pun ada latar belakang yang unik,huhu.. Jom pakat-pakat baca Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Doraemon. Jom Jom Jom...:)

1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?? huhuhu

2.Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan. Cuba teka umur aku masa Doraemon lahir berapa? hikhik

3.Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!. Ok kod pengeluaran aku plak adalah..em..em..ok next..:P

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel "kesedihan". Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu. Patutla kot pepatah Inggeris guna 'in blue' untuk merujuk kesedihan. Lepas ni bila frust menonggeng putus cinta,aku tak nak dah nangis selak-selak, takut jadi biru,.hahha

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa). Kolagen rumpai laut je Doraemon belum kuarkan. eh? haha

6.Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112. Tengok! Angka 1293 ada dimana-mana.. eh saiz underware aku pun 129.3meter..eh?:P

7.Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya  berbentuk bulat berwarna merah.. Butang aku lak terletak kat sini (sambil jari tunjuk pengembangan hidung)...

8.Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama,tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal. Dan kenapa aku dan Aaron Aziz dikatakan adik beradik? Ya, kerana kami berdua hensem..Ok, poyo!.haha

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni. Gelek Dangdut sekali sekala. haha

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya. Ooo rupanya Doraemon pun berprestasi buruk macam Nobita,huhu

Tu je antara info-info yang aku dapat petik dari Kreko tu. Tapi ada gak yang aku macam tak berapa berkenan dalam citer Doraemon bila ada usaha nak ubah zaman silam. Laci Masa tu kan boleh pergi ke zaman lepas atau zaman depan.  Tapi walau macam mana pun, tetap tak berubah kan kan. Sejarah adalah rujukan masa lepas untuk ikhtibar hari ini. Kita tak boleh merubah masa lepas, tapi kita boleh membentuk masa depan. kan kan kan..

Minda Speaking: Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi 2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2d Jepun macam Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi antarabangsa yang lain.