Pages

Sunday, April 15, 2012

~Diskaun Voucher Z.A shop~ happy shopping..:)



assalamualaikum & salam sejahtera..

selamat hari ahad!!
sempena pembukaan fb pages Mr.Zaxx yang baru ni..
shopping centre pages tau, bukan fan pages ala2 artis tu,hahah
Mr.Zaxx tak sefeymes Aaron Aziz..hahah
cuma cute skit je dr Mr.aaoron hahah

okeyh la stop bebel,
ni nak gtau , nak bg voucher kepada anda semua..
waa baik hati ye..
haha takla ni pun sempena pembukaan shop mr .zaxx..:)

cepat2 yer... voucher valid from 15 April 2012 hingga 28 april 2012
dan untuk selected item je..
so dengan voucher ni, anda dapat less rm5 bagi setiap barang..
tak perlu beli barang dulu...
first barang pun dah leh guna voucher ni..
tp diingatkan for selected item je ye..:)
dan juga harga pos tetap sama..:)
voucher untuk barang je ..

lawati Z.A Shop: (klik link dibawah)
http://www.facebook.com/pages/ZA-ShOp/349975898372372

valid for selceted item:

1. barang dalam album ni..

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.349978118372150.70395.349975898372372&type=3
2. dalam album ni gak
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.350011111702184.70410.349975898372372&type=3
3.album ni gak..:)
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.350001635036465.70405.349975898372372&type=3
4. yg ni gak
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.350003825036246.70406.349975898372372&type=3

cara2:

1. lawat fan pages dan LIKE pages dulu
2. pilih dari album yang ada selected item tu
3. copy link voucher or copy trus gambar voucher di bawah ni atau dr FB Z.A Shop
4. gtau kod item n order n voucher ke msg box pages.
5.have fun..:)

VOUCHER Z.A SHOP:

or link voucher:
http://4.bp.blogspot.com/-JOtEceCy6o4/T4pHN0_AdeI/AAAAAAAAAaM/VYiVEYEQpMk/s1600/2.jpg

Saturday, April 7, 2012

kenapa lembu bunyi macam lembu? moooo..



assalamualaikum..

eh kenapa lembu pulak yang jadi bahan entry kali ni? hhuhuu
oo lupa pulak..mood kahwin tak reda lagi la tu..:P
ewah-ewah, macam taksabar nak kahwin je..
dah sunat belum? hahah

dah... berbalik pada lembu tadi..
soalan pada tajuk entry tu sape boleh jawab?
put ur hands up!!! lalalalalaa (lagu korea..:) )
haha cepat bagi jawapan anda!!
apa? sebab lembu tu lembu baru la bunyi moo?
eh memang la encik, kalau bunyi meow,tentu-tentu itu bunyi kucing..
ahhaha...
sebenarnya ada satu kisah yang diceritakan oleh ayahku kepada diri ini
tentang bunyi lembu tu la..huhuu
begini cerita nya...

tersebutlah kisah... (nada syair)
~~~~~~~~
oppss!! stop!! cepat la cerita,jangan la bersyair pulak..
huhuh
ok2..jangan marah,nanti kena jual,hehe
pada zaman dahulu, lembu dan kerbau berkawan baik
mereka selalu berjalan-jalan bersama-sama...
pada suatu hari,mereka jumpa la sebatang sungai yang cantik
mereka berhajat nak mandi
lalu masing-masing menanggalkan pakaian mereka (kulit mereka sebenarnya)
mereka pun mandi la puas-puas.. (kambing tak join,kambing takut air,haha)
lepas mandi, mereka bergegas nk baik umah
tanpa disedari , dalam kelam kabut tu mereka tertukar pakaian
apalagi..si lembu terpakai pakaian kerbau yang gedoboh (besar dan labuh) kerbau lagi besar saiz dari lembu)
dan si kerbau terpakai pakaian si lembu yang kecil dan sempit.
nak dijadikan cerita, pakaian atau kulit tu tak dapat ditanggalkan
maka terpaksa la mereka pakai juga kulit yang tertukar tu..
jadinya masing-masing menjerit...
sempitttttttttttttt!!! , jerit si kerbau
gedobohhhhhhhh, jerit si lembu
akhirnya masing-masing lekat dengan bunyi sempit dan gedoboh...
cuba bunyikan gedoboh dengan sedikit sengau dan nada bunyi lembu,
mesti iras-iras bunyi moooooo..
dan begitu gak dengan kerbau..:)
macam tu la apa yang diceritakan ayahku..huhu
tak logik? terpulang nak percaya ke tak..
(sambil nyanyi lagu stacy kisah dongeng)

lagi satu,kalau perasan,lembu ada kulit lebih kat bahagian bawah leher kan..
dan kerbau takde,tapi kulit kerbau muat-muat badan.. :)



Thursday, April 5, 2012

KomPang DiPalu, Pengantin Malu..:)


Assalamualaikum..

wah meriah ye dengan bunyi kompang bagai...heheh
tahniah la dah kahwin rupanya...
eh jap sapa yang kahwin ni?
(Mr.Orang: Ko la Mr.Zaxx)
hello..aku single mingle lagi okeyh!! :)
kompang tu just gimik je,hahah
yepp gimik je untuk entry kali ni..
baru la feel skit kan..
ala -ala sound effect music background..
nak citer pasal kahwin ke ni?
uhuk2 ada la kot kaitannya..hahah

ni ha.. nak citer sikit la pasal job kecil-kecilan untuk kengkawan dan saudara terdekat
sepanjang pengangguran aku ni..hihihi
tender hantaran..
(wah ayat.. tender? macam projek besar je,hahah)
ada la sikit-sikit sekadar mengisi masa, huhuhu
k la nak tunjuk sikit-sikit ye hasil-hasil nya..:)



yang ni khas sponsor untuk wedding classmate time sekolah menengah
ayu&hafiz
tema: garden,
nah kau, betol-betol garden,hahaha
sebenarnya ada lagi nak tambah gambar they all berdua
dan nak lengkapkan dengan kain-kain ala-ala scalup tapi dah tak sempat
tu la sape suruh wat last minit..:P
yang penting just nak cuba gubah with my zaxx choc..
tengok yang bunag pink putih tu actually coklat ye..:)
boleh makan tau..huhuhu
aku g wedding ni.. and last masa pengantin nak balik nampak la keluarga pengantin lelaki
(F.Y.I classmate aku :ayu)
dah makan coklat-coklat itu.hehehe
takpe la..lagipun aku risau cair kalau tak makan cepat-cepat,hahah



yang ni plak untuk hantaran tunang dayah n ariff.
dua-dua sama sekolah masa sekolah menengah
bertemu jdodh gak berdua ni.:)
semoga kekal sampai jenjang pelamin and ahir hayat
satu hantaran coklat box bentuk love dan satu lagi sirih junjung gabung coklat
waa ada kisah disebalik hantaran ni..huhuh
ni kes last minit gak...
disebabkan kesuntukan masa, tak sempat nak beli barang yang sepatutnya
so last day gelabah la mencari pegganti
nasib baik jumpa box love yang gedabak ni..
so isinya pun kena gedabak la..hahah
pulun la wat coklat untuk penuhkan box n untuk dijadikan bunga-bunga
sirih junjung ni pun kebetulan je..
dia dah ada orang nak wat sebenarnya
tp kebetulan masa datang umah nak order coklat,
dayah ternampak sketch aku wat
actually skecth tu untuk projek aku yang lain (angan-angan je haha)
then alang-alang katanya nak mintak aku watkan..
so on je la kan..hihii
ni la hasilnya..:)


ok last yang ni hantaran sponsor untuk kak siti bertunang..
first jambak bunga coklat yang aku wat..
nasib baik menjadi..hihiih
tengok la gambar kat atas sekali tu..
mr.Zaxx n Kak siti..
cute kan yang lelaki tu,hahahah (kepoyoan tiba-tiba berjangkit)
ala sekali-sekala puji diri sendiri..hahaha

actually ada lagi projek-projek lain yang aku wat..
untuk entry akan datang aku share kan ye..:)
tunguuuu..:)




Tuesday, April 3, 2012

~Anugerah Nasyeed.com~





Assalamualaikum W.B.T.H

alhamdulillah, sejak terdengar berita tentang satu majlis atau program anugerah
yang melibatkan industri nasyid negara, diri ini berasa sangat gembira,
bukan sebab aku merupakan salah seorang calon..huhuh..( oh sedap sangatkah suaraku??..:P hihhi)
tapi kegembiraan ni disebabkan oleh petanda yang mana menunjukkan industri seni muali berubah
dan dunia nasyid semakin dipandang tinggi.

ye la.. bayangkan anugerah-anugerah hiburan yang lain dah banyak yang dianjurkan,
mari fokus kepada anugerah berbentuk nyanyian-
Anugerah Juara Lagu dah pun masuk ke tahun ke-26,
dan anugerah-anugerah yang lain contohnya Hitz 1, dan berbagai-bagai lagi
tu belum dicampur dengan rnacangan realiti tv nyanyian yang dah tumbuh macam taugeh dalam besen,heheh
kalau direnung, tak ada pun yang berfokuskan irama muzik nasyid.
masing-masing hanya mempertandingkan genre lain seperti balada, pop, etnik dan lain-lain,
jadi dengan penganjuran anugerah nasyeed ni sememangnya satu langkah bijak
dalam usaha memartabatkan industri nasyid negara.
(wah ayat macam dalam karangan bahasa melayu.hehe)

tapi ada benarnya,
nasyid merupakan satu medium hiburan yang dalam masa yang sama boleh dijadikan medium dakwah
jadi, muzik nasyid tak seharusnya diabaikan,
negara kita pun bukan nya tak ada penyanyi nasyid yang berkualiti,
sebut je raihan, rabbani, hijazz, in-team,
masing-masing punyai kredibiliti dan kekuatan mereka
dalam berkarya dan menghasilkan item seni yang bermutu.

anugerah yang dinamakan Anugerah Nasyeed .com ini akan berlangsung pada 13 april dan 14 april ini di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur pada 8.30 malam
mungkin ramai yang dah mengetahui berita ni coz dah ada desas desus nya mulai awal tahun ni,
cuma aku baru tahu dalam sebulan lepas melalui my uncle yang khabarnya bosnya adalah antara orang belakang tabir yang terlibat dalam penganjuran anugerah ni
actually ada cerita yang sangat menarik mengenai bos uncle ni,tapi
mungkin dicerita pada entry yang lain.HUhuhu..

berbalik pada anugerah ni, ada beberapa kategori yang dipertandingkan antaranya ialah:

Anugerah Nasyeed Sirah
Anugerah Nasyeed Cinta
Anugerah Nasyeed Amar
Anugerah Nasyeed Selawat
Anugerah Nasyeed Perjuangan
Anugerah Nasyeed Munajat
Anugerah Susunan Muzik Terbaik
Anugerah Klip Video Terbaik
Anugerah Vokal Terbaik
Anugerah Lirik Terbaik
Anugerah Lagu Terbaik
Anugerah Juara Carta Nasyeed.Com
Anugerah Khalifah Nasyeed

diharap anugerah ini akan berlangsung dengan jayanya dan mendapat sokongan semua pihak
moga-moga industri nasyid negara akan terus berkembang di masa akan datang..
amin..:)

credit to: http://artmuslim-studio.blogspot.com/2012/01/anugerah-nasyid.html


Sunday, April 1, 2012

top chef just dessert>> Miss PYqa: Yigit is tuttt??








welcome chef!!!
hahahha...waaa top chef just dessert
my feveret programme bila tiba hari sabtu..
dah terpacak depan tv kul 8.30 malam..

suka tengok..sebab???
of coz sebab semua chef kena masak
dan semua kena masak>>> desserts!!!
aku suka bab-bab pastry world ni..

dari program ni dapat la gak tambah-tambah ilmu yang serba kurang ni..
hhehe...barula kenal macarron, sorbet dan yang sama waktu dengannya... huhhu
dan tentunya ada gak kek...:)

semalam, as usuall.. kul 8.30malam
terpacak lagi..
bukan rambut tau..huhuhu
terpacak depan tv la..
nk tengok rancangan ni..
tema minggu ni wedding cakes
tup2 terkejut dengar bila dengar sorang peserta tu namanya yigit
(sebenarnya one of my feveret contestant)
dia inspirasikan kek tu untuk boyfriend dia..
eh pe yang peliknya??
(hello..F.Y.I yigit adalah lelaki,huhuhuhu)
adik aku yang duk sebelah terkejut..
lantas berkata ( eh cm novel lak)
aik? boyfriend,,hahahah
tup2 pastu smpai mesej from miss pyqa
bertnya hal yang sama...
huhuhuhu
aku pun jawab mybe dia G**...
Miss pyqa: muka hensem tp G**..
:)
kecewa ke miss Pyqa?? hehhe

lalalalalalala,...
anyway next week kt ntv7 finale...
walaupun mr Nuar dh mesej ckp YIgit juara...
mybe tgk kt internet kot..:)
mr.Yigit (feveret miss pyqa kot..:))

macarron

sorbet






laman sesawang yang dah bersawang...;)


assalamualaikum...
ada orang tak ni?
uhuhuhk... banyaknya sawang ye..
hehehhe aduh aduh aduh...
lamanya la tak menjenguk rumah kedua aku ni..
patutla habuk pun banyak..:)

lately, nak kata sibuk , tak de la sibuk mana pun,
lagipun study pun da abes kan,
so lagi banyak la masa yang terluang..
tapi tetap jari ni terkena penyakit malas nak menaip..uhuhuhu
berat n kritikal penyakit ni..
nak kena inject kat tutttttt...hahahha

actually , dengan semester last yang kunun2 nya bizi with final research,
(padahal last sem ni la banyak sangat berjalan2 nye..:P)
so blog ni memang bukan jadi pilihan untuk dilawat..
apatah lagi nak update entry..
walapun memang banyak benda nk share..
so baru baru bi la baru timbul minat nak aktif sikit..
(walaupun ntah bertahan berapa lama je..hihihi)
chaiyok2...:P
so welcome home ye mr.zaxx..:)